1.61 hektar tapak pelupusan sampah di Jeli terbakar

Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Sungai Mekong, Jeli sejak Rabu mengakibatkan beberapa kampung berdekatan terkesan dengan asap tebal. - Foto Ihsan Bomba Jeli
Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Sungai Mekong, Jeli sejak Rabu mengakibatkan beberapa kampung berdekatan terkesan dengan asap tebal. - Foto Ihsan Bomba Jeli
A
A
A

JELI - Pasukan bomba sedang bekerja keras memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah seluas kira-kira 1.61 hektar di Sungai Mekong, dekat sini sejak Rabu yang mengakibatkan beberapa kampung berdekatan terkesan dengan asap tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 9.30 malam, mengenai kebakaran yang dipercayai bermula pada jam 8 malam.

Beliau berkata, operasi telah bermula sejak Rabu, namun dengan asap tebal serta faktor malam gelap dan longgokan sampah yang tebal, amat menyukarkan proses pemadaman.

"Operasi yang ditangguhkan lewat semalam, dimulakan semula pagi ini melibatkan 15 anggota bomba dan enam anggota Majlis Daerah Jeli sejak jam 8 pagi.

"Sebuah jentera pengorek kaut turut digunakan untuk mengorek sampah bagi tujuan memadam sisa kebakaran di bahagian bawah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: