FAM ada sebab hantar skuad B-19 negara ke Sukan SEA 2021

Skuad projek FAM/MSN menjalani latihan.
Skuad projek FAM/MSN menjalani latihan.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai sebarang niat memperlekehkan prestij Sukan SEA 2021 di Vietnam apabila membuat keputusan menghantar skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, temasya dwitahunan itu akan menjadi sebahagian daripada persiapan untuk menghadapi Sukan SEA 2023 selain layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

“Ini adalah cadangan daripada Pengarah Teknikal (Datuk Ong Kim Swee) dan kita bersetuju untuk bawa (skuad B-19) ke sana (Hanoi).

"Sasaran utama bagi skuad B-19 masih kekal iaitu memberi pendedahan di Sukan SEA kali ini untuk meraih emas pada edisi 2023 dan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

“Sebanyak 30 pemain sedang beraksi bersama skuad Projek FAM-MSN (dalam saingan Liga Premier musim ini) manakala lebih kurang 19 pemain beraksi bersama pasukan lain,” katanya pada Rabu.

Persepsi peminat dan penyokong bola sepak tempatan untuk Malaysia meraih ‘ibu emas’ iaitu dalam acara bola sepak mula meningkat selepas Hamidin diumumkan sebagai ketua kontinjen pada Selasa.

Artikel Berkaitan: