PRU15: Ramai belum buat keputusan

Muhyiddin (depan, tengah) sewaktu mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di kediaman rasminya di Putrajaya pada Julai 2020.
Muhyiddin (depan, tengah) sewaktu mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di kediaman rasminya di Putrajaya pada Julai 2020.
A
A
A

LAPORAN KHAS [MUKADIMAH] Sempena setahun kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah, Sinar Harian dan Sin Chew Daily telah melancarkan satu kaji selidik awam selama hampir seminggu menerusi platform digital masing-masing.

Sejumlah 24,370 pembaca daripada kedua-dua akhbar telah mengambil bahagian dalam kaji selidik ini.

Daripada jumlah itu, seramai 17,931 responden mengambil bahagian di platform Sinar Harian, manakala 6,439 di platform Sin Chew Daily.

Secara keseluruhan, 54.02 peratus (13,032 pembaca) terdiri daripada orang Melayu/Bumiputera; Cina 32.26 peratus (7,783 pembaca); India 5.94 peratus (1,434 pembaca), Sabah dan Sarawak 7.37 peratus (1,778 pembaca) dan lain-lain 0.4 peratus (96 pembaca).

Separuh daripada pembaca terdiri daripada mereka yang berusia di antara 31 hingga 50 tahun; 7,652 responden berusia antara 31 hingga 40 tahun, manakala 5,253 responden pula berusia antara 41 hingga 50 tahun.Sejumlah 2,712 responden atau 11.17 peratus pula terdiri daripada mereka yang berusia 51 hingga 60 tahun; 1,418 responden (5.84 peratus) pula berusia 60 tahun dan ke atas.

Pembaca muda pula mencapai 30 peratus, manakala yang berusia 22 hingga 30 tahun sekitar 5,012 orang.

Terdapat 2,231 responden berusia 18 hingga 21 tahun yang mana mereka bakal menjadi pengundi automatik.

Kaji selidik awam ini berlangsung sejak 26 Februari hingga 5 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Kaji selidik bersama yang dilancarkan oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily baru-baru ini, mendapati sejumlah besar daripada 24,370 responden yang mengambil bahagian masih tidak memutuskan parti politik manakah yang akan mereka sokong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

No Image Caption

Daripada jumlah itu, hampir 30 peratus daripada mereka dalam kalangan masyarakat Cina, manakala pembaca Sinar Harian pula melibatkan 16.3 peratus.

Sejumlah 4,776 responden menyatakan yang mereka tidak pasti atau belum membuat keputusan parti manakah yang akan disokong menjelang PRU15.

Daripada jumlah itu, seramai 1,863 atau 28.9 peratus responden ialah pembaca Sin Chew dan 2,913 atau 16.3 peratus pula pembaca Sinar Harian.

No Image Caption

Jumlah itu menduduki tempat kedua tertinggi yang dipilih oleh responden.

Statistik itu mencerminkan ratio mereka yang masih berdiri di atas pagar daripada kalangan pembaca Melayu dan Cina adalah agak besar.

Untuk pertama kalinya sejak merdeka, kerajaan Malaysia bertukar tangan selepas PRU14 pada tahun 2018.

Bagaimanapun tidak sampai dua tahun selepas menumpaskan Barisan Nasional (BN) yang memerintah tanpa putus sejak merdeka pada tahun 1957, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad tumbang menerusi ‘Sheraton Move’.

Plot yang menumbangkan kerajaan PH dilakukan oleh rakan gabungan mereka sendiri yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta lain-lain ahli parlimen dari UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak serta lain-lain.

Mereka menamakan gabungan longgar tersebut sebagai Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk menerusi majoriti mudah daripada 222 ahli Dewan Rakyat.

Sejak itu, kestabilan politik negara diancam undi tidak percaya.

Namun, kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti Bersatu bertahan sehingga kini.

No Image Caption

Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah parti yang menerima sokongan paling besar iaitu 4,824 undi (14.41 peratus).

Undi kedua terbanyak jatuh kepada kategori mereka yang masih tidak pasti atau belum membuat keputusan untuk mengundi parti mana pada PRU15 nanti.

DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) − iaitu rakan kongsi dalam PH − menerima 4,036 undi (12.06 peratus) dan 2,537 undi (7.58 peratus) duduk di pilihan ketiga dan keenam.

UMNO menduduki tangga keempat dengan 3,502 undi (10.46 peratus) diikuti Pas yang dipilih 2,538 responden.

Muda, parti ditaja oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar, menerima sokongan daripada 1,782 responden (5.32 peratus) untuk menduduki tempat ketujuh.

Parti Warisan Sabah mendapat 1,733 undi (8.32 peratus) iaitu pilihan kelapan.

Bersatu mendapat sokongan daripada 1,701 responden atau 5.08 peratus sokongan untuk berada di tangga kesembilan.Keseluruhannya PH menerima 34.04 peratus undian. Jika Parti Warisan Sabah digabungkan, ia bermakna sokongan ke atas PH mencecah 39.22 peratus.

Parti utama Melayu seperti UMNO, Pas dan Bersatu jika digabungkan memperoleh 20.24 peratus sokongan.

Sejumlah 950 responden dalam kaji selidik mendedahkan yang mereka masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Parti Pejuang Tanah Air yang cuba dibentuk Dr Mahathir hanya menerima 724 undi (2.16 peratus). Lain-lain parti dalam komponen BN − MCA dan MIC menerima 890 undi dan 408 undi.

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: Yang mana pilihan pembaca dalam soal PRU15...

DAP dan UMNO masih menjadi pilihan utama pembaca

Prestasi tinggi: Pembaca pilih KJ