X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki Indonesia direman bakar Hutan Simpan Kekal

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A

SEPANG - Seorang lelaki warga Indonesia direman empat hari kerana melakukan pembakaran terbuka di kawasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan, dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek direman bermula Jumaat untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

"Suspek dipercayai bertindak membakar hutan disebabkan untuk pembersihan tanah bagi penanaman pokok," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis berkata, aktiviti pekerja itu dikesan selepas menemui kawasan kebakaran baharu di kompartment 38 yang menyebabkan kejadian kebakaran seluas 2.43 hektar.

Selain itu, bomba juga mengesan satu lagi lokasi dengan insiden sama di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara yang meliputi 4.05 hektar.

Norazam turut menjangkakan kebakaran di kawasan tanah gambut itu dapat dipadamkan sepenuhnya lima hari lagi.

Setakat Khamis, bomba telah berjaya memadamkan 60 peratus kebakaran di kawasan tanah gambut di pinggir hutan simpan tersebut, sejak ia mula merebak hujung bulan lalu.

Justeru, Norazam mengingatkan petani tidak melakukan aktiviti pembakaran untuk pertanian bagi mengelak api kembali merebak.

ARTIKEL BERKAITAN: 60,000 liter air padam kebakaran Hutan Simpanan Kuala Langat Selatan

Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat padam sepenuhnya lima hari lagi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!