X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan mohon KBS segerakan pembayaran naik taraf stadium

Wan Roslan (tengah) bersama Norizam (kanan) menyampaikan sumbangan hasil kutipan siaran langsung perlawanan pra-musim Kelantan FC kepada 15 buah pondok tahfiz dan madrasah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyegerakan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi membolehkan kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV dilakukan.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kelulusan itu bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dimulakan dengan lebih cepat.

"Keutamaan kita ialah untuk kerja-kerja naik taraf lampu limpah stadium supaya mencapai tahap yang dikehendaki oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Kutipan Siaran Langsung Perlawanan Pra-Musim Kelantan FC kepada 15 buah pondok tahfiz dan madrasah di Stadium Sultan Muhammad IV, pada Sabtu.

Hadir masa Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.

Menurutnya, hal ini berikutan saingan Liga Malaysia (Liga M) telah bermula.

Katanya, pelaksanaan kerja-kerja naik taraf stadium itu dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.

Antara yang dinaik taraf ialah penukaran keseluruhan lampu limpah, penambahan astaka dan juga tempat duduk penonton yang lebih selesa selain stadium juga akan dicat baharu selain membaik pulih beberapa lagi prasarana sedia ada.

Sebelum ini media melaporkan KBS telah meluluskan RM5 juta bagi menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV sebagai persiapan Sukan Malaysia (Sukma) di negeri itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!