Gagal dihubungi, jumpa mayat ibu terbaring dalam bilik tidur

Polis melakukan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
Polis melakukan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Wanita berusia 51 tahun ditemui mati di dalam bilik tidur rumahnya di Lorong Impian Indah 12, Taman Impian Indah di sini malam Khamis.

Mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 7.30 malam oleh anaknya yang pulang ke rumah berkenaan untuk mencari ibunya selepas dia gagal dihubungi sejak pagi Khamis.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah terbabit anaknya terhidu bau kurang menyenangkan dari bilik ibunya yang terkunci dan sebelum menghubungi adiknya bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, adiknya bersama seorang rakan ke rumah berkenaan dan membuka pintu bilik ibunya sebelum menemui wanita itu terbaring di atas katil tidak sedarkan diri.

Menurutnya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia dipercayai lebih daripada 24 jam berikutan keadaan mayat yang mula membengkak dan berbau.

"Pasukan forensik yang melakukan siasatan di lokasi kejadian mengesahkan tiada ada unsur jenayah berlaku dan tiada kesan kecederaan luaran yang kelihatan.

"Mayat wanita itu dihantar ke Unit Forensik Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan perlu menjalani ujian Covid-19," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: