X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Vaksin Covid-19 tidak batalkan puasa

Suntikan subkutan, subdermal, intramuskular, intraosseous atau intraartikular yang tidak melibatkan makanan tidak membatalkan puasa tanpa mengira kandungan bahan yang disuntik dan memasuki peredaran darah. - Foto AFP
A
A

LONDON - ‘Mengambil suntikan vaksin Covid-19 tidak akan membatalkan puasa pada bulan Ramadan’.

Kenyataan itu dikeluarkan kumpulan perubatan Islam di United Kingdom (UK) selepas kebimbangan semakin meningkat apakah ibadah puasa boleh terbatal jika menerima suntikan vaksin tersebut.

“Suntikan subkutan, subdermal, intramuskular, intraosseous atau intraartikular yang tidak melibatkan makanan tidak membatalkan puasa tanpa mengira kandungan bahan yang disuntik dan memasuki peredaran darah,” ujar Persatuan Perubatan Islam British.

Pada Disember lalu, badan tertinggi agama, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa yang membenarkan orang Islam menerima suntikan Covid-19 walaupun jika ia mengandungi ‘bahan tidak halal’.

“Vaksinasi Covid-19 diklasifikasikan sebagai ubat pencegahan untuk individu seperti yang disarankan agama Islam terutamanya ketika musim pandemik,” jelas majlis tersebut. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!