AGC bantah permohonan Anwar cabar tindakan PM gantung Parlimen

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Khamis membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Ahmad Hanir Hambaly berkata, permohonan bantahan itu dibuat antaranya atas alasan permohonan semakan kehakiman itu adalah terhalang oleh Perkara 150(6) dan Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

"Hari ini (Khamis) ditetapkan untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh pemohon (Anwar) namun AGC membantah terhadap permohonan itu dan selepas mendengar hujahan pihak-pihak terlibat, mahkamah menetapkan 11 Mac untuk pihak-pihak memfailkan hujahan balas," katanya kepada pemberita selepas prosiding kes melalui sidang video di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya.

Prosiding itu turut disertai SFC S Narkunavathy dan Peguam Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md Ali manakala Anwar diwakili peguam, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo. - Bernama

Artikel Berkaitan: