MFL belanja secara berhemah

MFL akan sentiasa berusaha untuk mencari tajaan bagi memastikan saingan Liga-M terus hidup. - Foto FB Melaka United FC. (Gambar kecil: Ab Ghani Hasaan)
MFL akan sentiasa berusaha untuk mencari tajaan bagi memastikan saingan Liga-M terus hidup. - Foto FB Melaka United FC. (Gambar kecil: Ab Ghani Hasaan)
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akan berbelanja secara berhemah setelah menerima tajaan berjumlah RM33 juta bagi memastikan kelangsungan saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hasaan berkata, perbelanjaan secara berhemah itu dibuat dalam usaha memastikan tajaan berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya bagi saingan Liga-M.

“Kita sebenarnya telah pun melakukan perbelanjaan sedemikian (berhemah), sejak musim 2020 lalu dan ia akan diteruskan selepas ini.

“Antara yang kita lakukan adalah seperti mengurangkan gaji kakitangan dan bertukar pejabat manakala taklimat sukan hanya dibuat di MFL atau di Auditorium Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kita juga mengamalkan perbelanjaan berhemah seperti ini sebagai persediaan bagi mengharungi saingan Liga-M 2022 yang akan datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu Ab Ghani berkata, MFL akan sentiasa berusaha untuk mencari penaja dalam usaha memastikan saingan Liga-M terus dapat dijalankan seperti biasa.

“Kalau ikutkan, memang tak cukup penajaan yang telah kita dapat ini. Banyak mana pun tak cukup. Kalau besar tajaannya, besar pula belanjanya nanti.

"Cuma seperti tahun lalu, tajaan yang kita terima dapat membantu kita untuk meneruskan saingan Liga-M.

"Kita juga masih berusaha bagi mendapatkan tajaan daripada pihak lain supaya perjalanan liga kita ini berterusan pada masa hadapan,” katanya.

Artikel Berkaitan: