Semangat, kesungguhan pemain faktor kejayaan Perak

Pemain Perak, Brenda Gan cuba mengasak pemain Kitchee SC pada perlawanan semalam.
Pemain Perak, Brenda Gan cuba mengasak pemain Kitchee SC pada perlawanan semalam.
A
A
A

SEMANGAT serta kesungguhan pemain dilihat sebagai antara faktor yang menghasilkan kejayaan Perak pada aksi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Perak, semalam.

Pemain import Perak, Wander Luiz berkata, kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik masing-masing demi menghasilkan kejayaan berkenaan.

“Aksi di keseluruhan perlawanan begitu pantas sehinggalah ke separuh masa kedua dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.

“Saya berikan semangat kepada rakan-rakan lain agar kekalkan keyakinan masing-masing pada sepakan penalti. Akhirnya kita berjaya,” katanya kata sidang media sejurus tamat perlawanan semalam.

Perlawanan menyaksikan Luiz meledak gol pembukaan perlawanan apabila menolak masuk hantaran rakan sepasukan pada minit ke-14, sebelum sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pertama pada penentuan sepakan penalti.

Sementara itu Luiz menyerahkan kepada ketua jurulatih, Mehmed Durakovic bagi menyusun serta merangka taktikal bagi aksi berdepan Kuala Lumpur, Jumaat ini.

“Saya harap siapa juga yang akan diturunkan nanti akan memberikan aksi 100 peratus di padang demi kejayaan pasukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: