PKR, Amanah selesai kemelut secara mekanisme dalaman

Saifuddin (dua kiri) ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Ular, Kulim, pada Isnin.
Saifuddin (dua kiri) ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Ular, Kulim, pada Isnin.
A
A
A

KULIM - Kemelut antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan tindakan beberapa wakil rakyat keluar parti akan diselesaikan mengikut mekanisme secara dalaman.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, beliau sendiri telah menghubungi Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan sudah mencapai kata sepakat supaya masalah itu diselesaikan secara mekanisme berkenaan.

"Kami bersetuju agar ketidakharmonian itu diselesaikan supaya tidak ada kecelaruan yang akan timbul," katanya ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Ular di sini pada Isnin.

Sebelum ini, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah termasuk tiga dari Johor bertindak keluar parti untuk menyertai PKR.

Mereka masing-masing ialah ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Faizul Amri Adnan serta ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

Dua lagi ADUN Amanah di Selangor iaitu ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.

Artikel Berkaitan: