'Saya guna ekzos bising sebab minat dan untuk keselamatan'

KUALA LUMPUR - "Saya akui guna ekzos bising kerana trend dan minat," itu kata seorang pemilik motosikal yang menggunakan ekzos bising selepas ditahan dalam operasi di Jalan Duta, di sini pada Isnin.
Lelaki yang dikenali sebagai Shahril, 30, berkata, dia ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Subang, Selangor.
"Saya tahu bunyi bising itu memang mengganggu orang dan saya menyesal dengan perbuatan itu," kata pemilik Yamaha Y15 yang ditemui Sinar Harian di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, di sini.
Menurut Shahril dia membeli ekzos itu daripada kenalannya tahun lalu pada harga RM400.