X

Kindly register in order to view this article
!

‘Kurang manis terima ahli daripada parti rakan’

Tangkap layar ciapan akaun Twitter Salahuddin pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima kemasukan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Amanah Negara (Amanah) menimbulkan rasa tidak senang kepimpinan parti yang berteraskan Islam itu.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan kedua-dua parti itu berada di bawah gabungan politik yang sama iaitu Pakatan Harapan (PH).

“Memahami semangat setia kawan dalam PH, sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan.

“Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan (coalition),” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas penyertaan tiga ADUN Amanah di Johor yang disahkan menyertai PKR.

Tiga ADUN tersebut ialah Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhammad Said Jonit (Mahkota).

Ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu, Khairuddin mengesahkan beliau sudah menyertai PKR.

Menurutnya, permohonan beliau untuk menyertai PKR dihantar pada September tahun lalu dan diterima pada bulan berikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN ADUN Senggarang dari Amanah sah sertai PKR


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!