Maritim tahan 13 nelayan warga Indonesia di perairan Miri

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan 13 nelayan warga Indonesia dari tiga buah bot tempatan di perairan Sibuti pukul 6 pagi Ahad, lepas.

Pengarah Zon Maritim Miri, kapten Md Fauzi Othman berkata dua buah bot nelayan ditahan lima batu nautika dari Kuala Suai manakala bot ketiga ditahan 1.6 batu nautika dari lokasi sama atas kesalahan menangkap ikan terlalu dekat dengan pantai, sekali gus melanggar syarat lesen perikanan.

"Tiga belas nelayan warga Indonesia yang berumur lingkungan 21 hingga 46 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga bot nelayan tempatan itu melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang dari tujuh batu nautika seperti dibenarkan dalam lesen menangkap ikan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kesalahan menangkap ikan boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: