X

Kindly register in order to view this article
!

Pas perlu ajak Amanah bekerjasama hadapi PRU15

Nazir Hussin Akhtar Hussin
A
A

SABAK BERNAM - Pemuda UMNO secara sinis meminta Pas mengajak Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Amanah juga perlu ada dalam hubungan kerjasama itu sekiranya ingin melihat penyatuan Melayu Islam terbentuk.

"Saya menyambut baik saranan Pas untuk mengajak Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kesatuan ini, tetapi jemputlah Amanah kerana mereka juga parti Melayu," katanya.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berharap ketiga-tiga parti Melayu iaitu Pas, UMNO dan Bersatu dapat bersama serta bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

Nazir Hussin berkata, Pas juga boleh mencadangkan nama Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai calon Perdana Menteri.

"Jangan pandai mengajak tiga parti ini sahaja, jemputlah Amanah masuk sekali," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan Ahmad Samsuri berkata, walaupun UMNO dan Bersatu dilihat tidak 'sebulu' tetapi pihaknya yakin kedua-dua parti itu dapat bekerjasama menghadapi PRU akan datang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!