Lima penjara sementara tempatkan 1,719 banduan

Kapasiti bagi kelima-lima penjara sementara itu mampu menampung sehingga 1,875 banduan.
Kapasiti bagi kelima-lima penjara sementara itu mampu menampung sehingga 1,875 banduan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 1,719 banduan telah ditempatkan di lima penjara sementara yang telah beroperasi sehingga 12 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri menerusi paparan info grafik dimuat naik di Twitter pada Khamis.

Pengoperasian semua penjara sementara itu adalah hasil pengambil alihan Kem Program Khidmat Negara (PLKN) oleh kerajaan di bawah proklamasi darurat.

Lima penjara sementara itu masing-masing di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Kuala Kangsar, Perak; Kuala Kubu Bharu dan Millennium, Berangan, Selangor; serta Jaya Gemilang, Melaka.

Berdasarkan maklumat dipaparkan, kapasiti bagi kelima-lima penjara sementara itu mampu menampung sehingga 1,875 banduan.

Selain PLKN, kerajaan mengambil alih Depoh Tahanan Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi menempatkan banduan reman dan sabitan kemasukan baharu bagi tujuan saringan Covid-19 sebelum dihantar ke penjara untuk dikuarantin.

Artikel Berkaitan: