Makcik TikTok jamah biskut cicah air banjir

Wanita terbabit menikmati biskut yang dicicah dalam air banjir. - Agensi
Wanita terbabit menikmati biskut yang dicicah dalam air banjir. - Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang wanita di Indonesia membahayakan kesihatan diri sendiri hanya kerana mahu meraih perhatian di media sosial.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang wanita melakukan aksi makan biskut cicah air banjir.

Video itu dipercayai dirakam di daerah Cibitung di pinggir Jakarta.

Menerusi video berdurasi hampir 15 saat itu, wanita terbabit duduk mencangkung dalam air banjir sambil menikmati dua keping biskut.

Sebelum memasukkan ke dalam mulutnya, wanita itu terlebih dahulu mencelup biskut tersebut ke dalam air banjir.

Di belakang wanita terbabit, jelas kelihatan beberapa kenderaan dan pejalan kaki meredah air banjir yang belum surut akibat saluran pembetung tersumbat.

Sejak Sabtu lalu, Jakarta digenangi banjir setinggi 1.8 meter berpunca daripada musim monsun sehingga memaksa lebih 1,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Ramai penduduk berlumba-lumba memuat naik gambar 'kreatif' di media demi meraih tanda suka antaranya berenang bak atlet profesional dan mandi air banjir dengan syampu.

Artikel Berkaitan:

Bencana banjir di Jakarta setakat ini telah meragut sekurang-kurangnya lima nyawa. - Agensi