Isu Perak II dibincang minggu depan

Status Perak II dalam saingan Liga-M 2021 akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu ini.
Status Perak II dalam saingan Liga-M 2021 akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu ini.
A
A
A

ISU pasukan feeder, Perak II yang diberitakan mahu menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021, akan dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dijadualkan berlangsung minggu depan.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, mesyuarat berkenaan dibuat bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak Perak II berhubung berita mengenai perkara tersebut.

“Insya-ALLAH, minggu ini kita akan adakan perjumpaan (mesyuarat) kerana saya perlukan pengesahan daripada exco-exco PAFA serta laporan lengkap daripada Setiausaha Kehormat PAFA mengenai perkara itu (tarik diri) pada mesyuarat berkenaan.

“Saya juga perlukan pengesahan daripada exco-exco berhubung perkara ini kerana pada pertemuaan saya dan Menteri Besar sebelum ini, saya turut mencadangkan agar perhatian turut diberikan kepada Perak II.

“Mungkin boleh diminimumkan jumlah kos asalkan Perak II boleh teruskan penyertaan dan tidak terkeluar daripada pertandingan (Liga-M),” katanya kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Perkhabaran mengenai Perak II yang mahu menarik diri daripada saingan Liga-M, mula kedengaran pada 17 Februari lalu dan difahamkan perkara berkenaan juga telah disuarakan kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Bagaimanapun, Perak II dikatakan telah membatalkan hasrat untuk menarik diri apabila difahamkan pihak pengurusan tertinggi Perak FC telah mencapai persetujuan untuk memastikan feeder kelab itu terus beraksi dalam saingan Liga-M.

Dalam pada itu, Muhammad Yadzan berharap semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi liar sebelum satu kenyataan rasmi dikeluarkan pengurusan Perak FC.

Artikel Berkaitan:

“Cukuplah, tunggu dulu kenyataan daripada Perak FC. Bila bermacam-macam andaian yang keluar ia akan memberikan persepsi negatif dan menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya