Polis pantau 428 pusat peperiksaan seluruh Perak

Mior Faridalathrash Wahid
Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

IPOH - Polis Perak akan membuat pemantauan di 428 pusat peperiksaan awam dan sekolah seluruh negeri bermula Isnin hingga 12 April ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemantauan melibatkan penugasan 100 kereta peronda (MPV) dan 200 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di semua daerah.

"Tugas pemantauan ini turut dilakukan oleh 20 pegawai polis melibatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Pasukan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) dan lain-lain elemen polis meliputi penugasan waktu siang dan malam.

"Oleh itu, ibu bapa, penjaga dan calon peperiksaan yang terlibat tidak perlu bimbang dengan keadaan keselamatan dan ketenteraman di pusat peperiksaan yang berlangsung," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Kementerian Pendidikan dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) akan bermula Isnin ini.

Artikel Berkaitan: