Osaka juara Terbuka Australia

Osaka memegang trofi kejuaraan selepas menjuarai acara perseorangan wanita Terbuka Australia 2021 di Melbourne pada Sabtu.
Osaka memegang trofi kejuaraan selepas menjuarai acara perseorangan wanita Terbuka Australia 2021 di Melbourne pada Sabtu.
A
A
A

RATU tenis Jepun, Naomi Osaka meraih gelaran kedua Terbuka Australia 2021 selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Jennifer Brady 6-4, 6-3 dalam aksi final di Rod Laver Arena, Melbourne pada Sabtu.

Kejayaan itu menyaksikan Osaka berjaya merekodkan empat gelaran Grand Slam selepas mengungguli Terbuka Amerika Syarikat 2018 dan 2020 serta Terbuka Australia 2019.

Mengulas kemenangan ke atas Brady, Osaka mengakui dia mendapat tentangan sengit daripada pemain pilihan ke-22 kejohanan itu sebelum mampu menoktahkan kemenangan dalam masa 77 minit.

“Kami pernah beraksi bersama sebelum ini dan saya sudah memberitahu kepada pasukan saya bahawa Brady mampu memberikan saingan sengit, ia memang terbukti," katanya.

Hasil kejayaan menjuarai Terbuka Australia 2021, pemain berusia 23 tahun itu yang tampil selaku pilihan ketiga kejohanan kini melonjak ke tangga kedua dalam ranking dunia.

Artikel Berkaitan: