Richworks International sasar bantu 1 juta usahawan

Radz ketika bercakap pada sidang media secara maya pada Sabtu.
Radz ketika bercakap pada sidang media secara maya pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan, Richworks International Sdn Bhd menyasarkan untuk membantu lebih satu juta rakyat Malaysia melalui Seminar Bina Bisnes Berjaya 2021.

Timbalan Naib Presiden Kanan, Richworks International Sdn Bhd, Radz Mohd berkata, jumlah itu disasarkan bagi membantu peniaga atau usahawan yang ingin belajar dan mendalami ilmu perniagaan dalam tempoh mencabar ini.

Menurutnya, seminar itu merupakan platform perintis bagi menyediakan usahawan dengan ilmu, latihan dan bimbingan untuk bangkit mengatasi impak Covid-19 dan pada masa sama membina bisnes yang berjaya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pertama kali seminar ini dilangsungkan iaitu pada 30 Januari sehingga 1 Februari lalu, hampir 46,000 pendaftaran dibuat dalam tempoh satu minggu dari tarikh pelancaran.

"Matlamat utama kami adalah untuk memupuk semangat keusahawanan dan menggalakkan daya kemampuan perniagaan.

"Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membantu mendorong ekonomi dan memastikan pembangunan sosio ekonomi inklusif dan bermakna.

"Maka kerana itulah tema Seminar Bina Bisnes Berjaya ini berpaksikan pada kebangkitan perniagaan pasca Covid-19," katanya pada sidang media secara maya melalui aplikasi Zoom pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Radz berkata, program itu akan berlangsung setiap hujung minggu pada hari Sabtu sepanjang Februari hingga Mac ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seminar itu akan berlangsung satu hari bermula 6 Februari 2021 dari jam 9 pagi hingga 10 malam secara maya melalui aplikasi Zoom dan tanpa bayaran.

Katanya, sepanjang tahun lalu, pihaknya berjaya membantu lebih 400,000 peserta melalui pelbagai program yang dianjurkan.

"Musim PKP bukanlah penghalang untuk RichWorks terus membimbing usahawan-usahawan dan peniaga," katanya.

Menurutnya, dengan adanya seminar berkenaan diharap dapat membantu lebih ramai usahawan untuk bangkit menjadi jutawan pada masa akan datang.

Sementara itu, pada sidang media sama, Radz turut mengumumkan Richworks akan memberi tajaan pembelajaran perniagaan kepada 10 usahawan bertuah untuk dilahirkan menjadi jutawan.

Katanya, tajaan selama setahun itu membabitkan jumlah tajaan sebanyak RM25,000 setiap seorang.

"Syarat utama untuk dapatkan tajaan ini ialah pertama mestilah memiliki perniagaan sendiri, kedua jualan sebulan sekurang-kurangnya RM30,000 dan beberapa syarat lain lagi," katanya.