Bekas pegawai tinggi ATM didenda RM15,000

Bekas pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel didenda RM 15,000, dan dipenjara seminggu di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM5,794 pada empat tahun lalu.
Bekas pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel didenda RM 15,000, dan dipenjara seminggu di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM5,794 pada empat tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Bekas pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel didenda RM15,000, dan dipenjara seminggu di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM5,794 pada empat tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengenakan hukuman itu kepada tertuduh, Shahril Hisham Abdul Razak, 59, dari Taman Bahagia, Temerloh dan jika gagal menjelaskan denda tertuduh boleh dipenjara lima bulan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Staf 1 (Ketua Zon) di Pejabat Senggaraan Zon Timur, Kem Batu 3, Temerloh menerima suapan berkenaan pada 18 November 2016 di Malayan Banking Berhad, Jalan Bukit Ubi, di sini yang dimasukkan ke dalam akaun milik Rosnahni Hussin dengan tanpa balasan daripada kontraktor, Mohd Rozaini Mohamad Rosli.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi telah mengetepikan hukuman penjara sehari terhadap tertuduh atas pertuduhan menerima rasuah tersebut.

Pada 11 Oktober tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman sehari selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sebelum pihak pendakwaan mengemukakan rayuan pada 30 Oktober.

Dalam pada itu, Hakim Zainal telah menaikkan denda seminggu kerana hukuman penjara sehari yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini adalah tidak relevan.

"Hukuman penjara ini perlu kerana rasuah melibatkan integriti dan tertuduh merupakan seorang penjawat awam yang berpangkat besar dan keputusan ini perlu demi mencerminkan keputusan mahkamah.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun projek tersebut berjaya disiapkan dan tiada kerugian yang dialami kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia namun perlu dilakukan kerana rasuah di kalangan penjawat awam merupakan kes berat lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh penjawat awam yang berjawatan tinggi," katanya.

Sementara itu, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh diwakili oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid Mohd Falihin Kamil.

Zainal Azman bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman berkenaan kerana mereka akan memfailkan rayuan dalam tempoh seminggu.

H-Bekas tentera berpangkat Leftenan Kolonel didenda RM15,000 AIMAN SADIQ ABDULLAH KUANTAN-Bekas pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel didenda RM 15,000, dan dipenjara seminggu di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM5,794 pada empat tahun lalu. Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mengenakan hukuman itu kepada tertuduh, Shahril Hisham Abdul Razak, 59, dari Taman Bahagia, Temerloh dan jika gagal menjelaskan denda tertuduh boleh dipenjara lima bulan Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi telah mengenepikan hukuman penjara sehari terhadap tertuduh atas pertuduhan menerima rasuah tersebut. Dalam pada itu, Hakim Zainal telah menaikkan denda seminggu kerana hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini yang dijatuhkan hukuman penjara sehari adalah tidak relevan. Zainal Azman bagaimanapun membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman berkenaan kerana mereka akan memfailkan rayuan dalam tempoh seminggu. LAPORAN MOJO SINAR HARIAN KUANTAN Aiman Sadiq Abdullah

Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Tuesday, February 12, 2019