[VIDEO] Lelaki didenda RM3,000 cedera bekas kekasih

Kee Hean (dua,kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana mencederakan bekas kekasihnya.
Kee Hean (dua,kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret kerana mencederakan bekas kekasihnya.
A
A
A

MELAKA - Gara-gara mencederakan bekas kekasih dengan cara menumbuk muka serta merosak telefon bimbit menyebabkan seorang duda didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin.

Majistret Mazana Sinin memutuskan hukuman itu selepas Juan Kee Hean,36, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Seow Li Cha,34, dengan menumbuk muka dan mata kanan serta siku kiri di dalam sebuah kereta Honda City di hadapan rumah, di Jalan Kenangan 1/4, Taman Kenanga Seksyen 1, di sini, kira-kira jam 10, malam pada 1 Julai 2022.

Pendakwaan itu dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.