X

Kindly register in order to view this article
!

Tebing runtuh: Tiga rumah alami keretakan kecil

Mohammad Azmi (tengah) bersama anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) menunjukkan keretakan yang berlaku susulan runtuhan tebing Sungai Kelantan yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas.
A
A

PASIR MAS - Kira-kira tiga buah rumah dikesan mengalami keretakan kecil pada bahagian dalam susulan runtuhan tebing Sungai Kelantan yang berlaku di Kampung Pohon Chelagi di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, keretakan itu melibatkan rumah yang berada di antara 10 hingga 20 meter dari kawasan tebing sungai tersebut.

"Hasil pemerhatian yang dilakukan, kita dapati pergerakan tanah di kawasan itu amat aktif," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ada lagi rumah yang akan runtuh dalam masa terdekat kesan pergerakan tanah itu.

Beliau berkata, susulan itu polis telah menutup semua laluan masuk ke kawasan tersebut berkuat kuasa pagi Khamis.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, setakat ini empat buah rumah runtuh akibat kejadian itu.

Pergerakan tanah di kawasan Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas dikesan amat aktif.
Pergerakan tanah di kawasan Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas dikesan amat aktif.

Dalam perkembangan lain, Penghulu Parlimen Pasir Mas, Mohammad Azmi Mohamad Yusoff berkata, pelbagai bantuan telah disalurkan termasuklah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada empat keluarga yang teruk terjejas dengan insiden itu.

"Alhamdulillah, hari ini kerajaan negeri telah menyampaikan sumbangan kepada 46 keluarga yang telah terkesan dengan runtuhan itu.

"Kerajaan negeri sentiasa peka dengan nasib keluarga terlibat," katanya.

Mohammad Azmi berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) turut disediakan untuk kemudahan mangsa yang terlibat iaitu di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tebing Sungai Kelantan runtuh

Selesai segera kes runtuhan tebing sungai: Tuan Ibrahim

Rumah, kereta lenyap depan mata


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!