Enam ditahan di Mexico hasilkan vaksin Covid-19 palsu

Enam ditahan di Nuevo Leon, Mexico kerana mengeluarkan vaksin Covid-19 palsu. - Gambar hiasan
Enam ditahan di Nuevo Leon, Mexico kerana mengeluarkan vaksin Covid-19 palsu. - Gambar hiasan
A
A
A

BUENOS AIRES - Enam ditahan di Nuevo Leon, Mexico kerana mengeluarkan vaksin Covid-19 palsu, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Orang Awam.

"Vaksin palsu telah dirampas di Nuevo Leon... Penggunaan imunisasi jenis ini membahayakan kesihatan masyarakat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Rabu malam.

Kementerian itu juga meminta rakyat Mexico berwaspada dan hanya mendapatkan vaksin di pusat dan hospital negeri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac tahun lalu.

Sehingga kini, lebih 109.87 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus itu, dengan lebih 2.42 juta kematian, menurut Johns Hopkins University.

Mexico setakat ini mengesahkan lebih dua juta kes Covid-19 dengan lebih 175,000 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: