Kawalan keselamatan sempadan perlu dipertingkat

Arthur Joseph Kurup
Arthur Joseph Kurup
A
A
A

SHAH ALAM - Kawalan keselamatan sempadan negara perlu dipertingkat bagi mengelak sebarang keganasan yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pertumbuhan ekonomi memerlukan persekitaran yang kondusif iaitu selamat dan aman.

“Ini kerana, kemajuan dan perkembangan ekonomi boleh terbantut akibat tindakan keganasan yang akan memusnahkan banyak infrastruktur, iklim pelaburan, menurunkan produktiviti dan meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat.

“Tiada pihak yang akan mendapat keuntungan jika ekonomi negara tidak dapat dipulihkan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Arthur berkata, dalam keadaan negara berdepan situasi Covid-19, sebarang usaha kerajaan perlu disokong sepenuhnya bagi meningkatkan ekonomi negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, semua pihak perlu berhenti mempolitikkan isu keselamatan, sebaliknya menyokong usaha kerajaan mengekang ancaman pengganas.

Jelasnya, setiap individu harus memainkan peranan untuk membantu melindungi negara kerana insiden keganasan boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

“Saya turut memuji tindakan polis dan tentera yang bertugas 24 jam bagi memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara kekal terpelihara, terutamanya di Sabah ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: