Lelaki cium kanak-kanak ditahan polis

Siti Kamsiah
Siti Kamsiah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengasas produk kecantikan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu video TikTok yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, penahanan dilakukan pada Selasa.

"Suspek berusia 30-an itu akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 berkaitan kesalahan amang seksual fizikal," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, tular video lelaki itu mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya.

Bagaimanapun, difahamkan TikTok suspek itu kini telah dinyahaktif.

Artikel Berkaitan: