Dakwaan langgar SOP, polis rakam keterangan Annuar Musa

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menghadiri satu majlis baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya telah merakam keterangan menteri itu pada Selasa bagi membantu siasatan.

"Kita akan merakam keterangan individu yang hadir pada majlis tersebut," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Bersama Pesara dan Bekas Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Saiful Azly berkata, pihaknya juga akan mengambil kira video permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak penganjur majlis itu.

Saiful Azly beramah mesra dengan pesara dan bekas polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.
Saiful Azly beramah mesra dengan pesara dan bekas polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Rabu.

"Kita sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. Selepas siasatan selesai, kita akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar Annuar bersama beberapa individu duduk di meja sambil menikmati jamuan yang didakwa tanpa penjarakan fizikal di sebuah majlis Sabtu lalu.

Difahamkan, polis telah memanggil pihak penganjur majlis berkenaan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Artikel Berkaitan: