Wanita bawa surat untuk Biden ditahan dekat Rumah Putih

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

MOSCOW - Seorang wanita 66 tahun yang membawa surat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ditahan ketika di pusat pemeriksaan berhampiran Rumah Putih di Washington DC, lapor Agensi Berita Sputnik.

Memetik polis, Fox News melaporkan wanita itu memiliki pistol di dalam keretanya dan ditemani seorang lelaki yang membawa pistol BB.

Kedua-duanya menghampiri pusat pemeriksaan berhampiran kompleks Rumah Putih dan wanita itu berkata mahu menyampaikan surat untuk Biden, lapor Fox News pada Ahad.

Wanita itu ditahan oleh Perkhidmatan Rahsia sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan pada Ahad (22:30 GMT).

Tiada maklumat lanjut mengenai surat yang dikatakan untuk Presiden AS itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: