Polis rekod keterangan wanita dakwa gangguan seksual ketika SJR

Saiful Azly
Saiful Azly
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merekod keterangan seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual anggota keselamatan itu ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) berhampiran plaza tol di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, keterangan wanita itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada Sabtu.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan untuk tindakan lanjut.

"Pada masa itu juga, polis telah mengambil keterangan beberapa anggota yang bertugas ketika sekatan jalan raya itu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan pihaknya menerima laporan itu pada jam 2.01 petang Sabtu, berhubung dakwaan salah laku anggota berkenaan terhadap wanita berusia 23 tahun itu.

Pengadu mendakwa ditahan seorang anggota polis ketika melalui sekatan di Jalan Duta (dari arah Kuala Lumpur), pada jam 7.30 malam, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan seksual SJR: Orang ramai diminta jangan buat spekulasi

Terdahulu, Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, dilaporkan berkata pihaknya sedang menyiasat dua kes dialami dua wanita mendakwa diganggu anggota polis menjalankan tugas sekatan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Dalam kes di Jalan Duta, di sini, seorang wanita mendakwa ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau sebaliknya selain memberi jaminan tidak akan mengeluarkan saman jika dia boleh membuktikan sama ada memakai pakaian dalam atau tidak.

Dalam satu lagi kejadian di Pulau Pinang, seorang anggota polis menghubungi wanita yang baru diperiksa ketika melalui sekatan itu untuk berkenalan.