X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Gangguan seksual SJR: Orang ramai diminta jangan buat spekulasi

PDRM
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian salah laku anggota polis ketika melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Duta pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan salah laku anggota polis semasa menjalankan tugas.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh seorang wanita yang berusia 23 tahun berkenaan salah laku anggota yang melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Duta, Kuala Lumpur

"Mangsa telah membuat laporan kira-kira jam 2.01 petang dan mendakwa dia telah ditahan pada jam 7.30 petang pada Jumaat semasa melalui SJR Jalan Duta (menghala keluar dari Kuala Lumpur).

"Mangsa mendakwa telah didatangi seorang anggota polis yang memintanya menunjukkan buah dada dan mengugut akan mengeluarkan saman sekiranya pengadu enggan," katanya.

Menurutnya, mangsa juga telah diminta oleh anggota polis berkenaan untuk memberikan nombor telefon miliknya.

"Mangsa dibenarkan beredar setelah ketulenan identiti kad selesai diperiksa," katanya.

Pada Sabtu, polis sedang menyiasat berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap dua wanita di sekatan jalan raya (SJR) di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, kes tersebut sedang disiasat oleh JIPS Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

"Saya difahamkan kejadian pertama berlaku di SJR Jalan Duta mengenai seorang anggota polis yang menegur seorang pemandu wanita tidak memakai bra.

"Kejadian kedua pula dikatakan berlaku di SJR Pulau Pinang berhubung anggota polis meminta nombor telefon seorang pemandu wanita, kemudian menghubunginya untuk berkenalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN Polis siasat dakwaan gangguan seksual di SJR


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!