X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli ekonomi veteran, Hoo Ke Ping meninggal dunia

Hoo Ke Ping
A
A

SHAH ALAM - Pemergian penganalisis ekonomi veteran Profesor Dr Hoo Ke Ping merupakan satu kehilangan besar buat negara dan masyarakat yang sentiasa mendengar ulasan ekonomi dan politik beliau.

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9 pagi Sabtu akibat serangan jantung oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Ke Ping yang juga Ahli Jawatankuasa Pintar merupakan seorang ilmuan yang aktif dalam memberikan ulasannya berkaitan isu ekonomi dan politik negara.

Beliau turut berperanan sebagai penganalisis dan penasihat Ekonomi bagi KSI Strategic Institute bagi memberikan pandangan mengenai situasi ekonomi negara terutama ketika negara berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat.

Presiden Pintar, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, pemergian mendiang Ke Ping merupakan kehilangan besar bagi masyarakat yang sentiasa mendengar ulasan ekonomi dan politik beliau.

Menurutnya, Ke Ping sepatutnya dijadualkan menjadi ahli panel Webinar Intelektual Negara bertajuk ‘Vaksin: Sejauh Manakah Ia Mampu Menjadi Penyelamat?’ yang dijadualkan berlangsung malam Sabtu.

“Bagi menghormati sumbangan beliau dan kehilangan tokoh ini, Pintar bersetuju menangguhkan Webinar pada malam ini. Seluruh warga Pintar mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Pas juga menyifatkan ketiadaan Ke Ping sebagai suatu kehilangan besar

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, mendiang merupakan Penganalisis dan Penasihat Ekonomi, KSI Strategic Institute dan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kerana sering membincangkan isu semasa dalam negara.

“Pemergian tokoh hebat ini merupakan satu kehilangan yang besar buat negara. Semoga seluruh ahli keluarga mendiang dikurniakan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya

Pada Isnin, Ke Ping meramalkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pas akan memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas mengambil kira kesepakatan antara UMNO, Pas serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, sekiranya ketiga-tiga parti Melayu itu bergabung dalam PRU15, mereka bakal menguasai 100 kerusi Parlimen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!