Nama Jho Low tiada dalam 20 dokumen, minit mesyuarat Kabinet

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Saksi bagi kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa nama Low Teak Jho tidak dicatit dalam 20 dokumen rasmi termasuk minit mesyuarat Kabinet antara tahun 2009 hingga 2013 lalu.

Ketika menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, saksi pendakwaan ke-11, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Tan Sri Mazidah Abdul Majid berkata, nama Teak Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low hanya akan ditulis dalam minit mesyuarat sekiranya ia disebut atau dibentangkan.

Bagaimanapun, ketika disoal oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi berusia 72 tahun itu bersetuju jika isu sensitif dibentangkan, ia tidak akan direkod dalam mana-mana dokumen rasmi Kabinet.

Mazidah bersetuju bahawa arahan supaya setiausaha tidak merekodkan atau 'off record' sesuatu isu adalah perkara biasa.

Menjawab soalan Shafee mengenai maklumat mesyuarat yang diadakan, Mazidah berkata, beliau hanya dapat memberi jawapan sekiranya melihat semula laporan minit mesyuarat terdahulu.

Artikel Berkaitan: