Kerajaan dijangka umum i-Sinar tanpa syarat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut.

Menurut laporan Astro AWANI, perbincangan dikatakan masih dijalankan bagi mencari jalan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

"MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

"Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat," kata sumber Astro AWANI itu lagi.

Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

"Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu," kata sumber tersebut.

Laporan itu turut menyatakan KWSP sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Artikel Berkaitan: