Bapa cabul anak tiri direman

Suspek direman tujuh hari untuk bantu siasatan berkaitan cabul anak tiri berusia sembilan tahun, pada 5 Febuari lalu.
Suspek direman tujuh hari untuk bantu siasatan berkaitan cabul anak tiri berusia sembilan tahun, pada 5 Febuari lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga di reman tujuh hari, selepas didakwa mencabul anak perempuan tirinya berusia 9 tahun di sebuah rumah di Kampung Serada, pada 5 Februari lalu.

Kejadian terbongkar selepas kanak-kanak malang itu mengadu kepada ibunya yang kemaluannya sakit kerana tindakan suspek,46, yang memasukkan jari ke dalamnya.

Malah, mangsa turut memberitahu perbuatan suspek itu bukannya pertama kali, tetapi sudah beberapa kali dilakukan sebelum ini.

Mangsa menceritakan yang dia selalu diganggu secara seksual oleh suspek ketika ibunya tiada di rumah.

Terkejut dengan pendedahan itu, ibu mangsa, 40-an, mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan susulan sebelum membawa anaknya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini.

Sementara itu, perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret dan Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Abd Latiff bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14A Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dijalankan.

Artikel Berkaitan: