Mak Intan sudah tiada

Makluman mengenai kematian Mak Intan menerusi Facebook Pak Mie Shelter pada Rabu. Gambar kiri: Allahyarhamah Halijah Idris
Makluman mengenai kematian Mak Intan menerusi Facebook Pak Mie Shelter pada Rabu. Gambar kiri: Allahyarhamah Halijah Idris
A
A
A

ALOR SETAR - Pengurus Pak Mie Shelter, Halijah Idris, 73, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada jam 11.15 pagi Rabu akibat kanser ovari.

Anak sulungnya, Badrul Hisham Ramlee, 53, berkata, komplikasi penyakit tersebut telah merebak ke paru-paru Halijah atau lebih dikenali sebagai Mak Intan.

Menurutnya, jenazah kini berada di Jabatan Forensik HSB dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Bulkhari, Alor Setar selepas Solat Asar pada Rabu.

"Semasa ibu menghembuskan nafas terakhir, kami tiga beradik berada di samping ibu.

"Kini kami akan cuba memenuhi impiannya untuk dikebumikan sebelah pusara bapa, Allahyarham Muhammad Azmi Ismail yang meninggal dunia pada tahun 2015," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mak Intan terlantar di HSB selepas pembedahan mencuci ususnya yang bernanah dan bengkak selain disahkan menghidap kanser ovari tahap 4 pada 28 Januari lalu.

Pak Mie Shelter iaitu pusat jagaan haiwan untuk anjing dan kucing yang diasaskan oleh Allahyarham Muhammad Azmi mencetuskan kontroversi setempat sejak beberapa tahun lalu.

Pusat tersebut pernah menempatkan sehingga 700 ekor anjing dan lebih 100 ekor kucing jalanan dalam satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pening fikir kediaman baharu 400 anjing, 180 kucing