19 dilantik anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.
Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa.

"Pelantikan 19 ahli jawatankuasa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuatkuasa serta-merta," katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas itu ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan menasihati Seri Paduka Baginda mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

"Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini," katanya.

Selain Tun Ariffin, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Ketua Pengarah Kesihatan Profesor Tan Sri Dr Mohamad Taha Arif juga membarisi jawatankuasa itu.

Turut dilantik, pakar bedah jantung Tan Sri Dr Yahya Awang, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian

Cina Malaysia Tan Sri Ter Leong Yap, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr R Palan, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara Datuk Sallehuddin Saidin, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pakar kesihatan awam, Profesor Datu Dr Andrew Kiyu Dawi Usop dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ahli politik yang dilantik ialah Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd; Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Senarai keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi

2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara

3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara

4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera

5. Prof Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan

6. Tan Sri Dr Yahya Awang, pakar bedah jantung

7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

8. Tan Sri Dr R Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya

9. Dato' Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Peguam Negara

10. Prof Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

11. Prof. Datu Dr Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam

12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

13. Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang

14. Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar

15. Datuk Azizah Mohd Dun, Ahli Parlimen Beaufort

16. Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

17. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

18. Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban

19. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor