Paderi OKU tak mengaku cabul kehormatan

Tertuduh menunjukkan tanda bagus ketika media merakamkan gambarnya di mahkamah pada Selasa.
Tertuduh menunjukkan tanda bagus ketika media merakamkan gambarnya di mahkamah pada Selasa.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang paderi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki pada 20 tahun lalu di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pada Selasa.

Jee Jon Hoon, 55, yang juga orang kurang upaya (OKU) bisu dan pekak dituduh melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa yang berumur 30 tahun ketika kejadian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat di Lorong Delima 3, Gelugor, daerah Timur Laut pada tahun 2000.

Tertuduh yang dibantu oleh jurubahasa isyarat antarabangsa membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Rosnee Mohd Ridzuan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Mac depan untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Zeti Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam Sobini Kobu.

Awal Januari lalu, tertuduh yang diwakili peguam, G Shanmugam memohon agar jaminan ditetapkan kepada RM5,000 kerana sepanjang 25 tahun tertuduh berada dalam negara, dia tidak pernah terlibat dengan sebarang kesalahan jenayah.

Rosnee kemudian membenarkan RM6,000 jaminan dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia kepada tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Rosnee juga menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pada 18 Disember lalu, tertuduh turut menghadapi dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017 di Mahkamah Majistret Butterworth.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap dua lelaki yang kini berusia 28 dan 27 tahun dengan niat mencabul kehormatan.