Inkues Adib: FRT bomba diserang sejurus tiba

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta diKuil Sri Maha Mariamman USJ Subang, November lalu, mengundur dua kali sebaik dibaling dengan objek keras oleh sekumpulan lelaki India.

Ketua Bahagian Siasatan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Mohd Nasir Rahman berkata, serangan dilakukan sejurus jentera itu tiba untuk memadamkan kenderaan yang terbakar.

"Saya nampak ia mengundur kemudian ke hadapan, mengundur lagi dan kemudian hilang daripada pandangan," katanya.

Pada pandangannya, FRT diserang sehingga cermin hadapan jentera itu pecah.

"Saya dan anggota cuba masuk tetapi kekuatan anggota tidak mencukupi dan boleh mengancam keselamatan kami," katanya.

Beliau berkata, kehadiran lelaki India sekitar 3,000 hingga 5,000 di lokasi, jam 1 pagi pada 27 November.

"Durasi jentera diserang sekitar 10-15 minit sejurus mereka tiba," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: