X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Format peperiksaan SPM 2020 kekal: Lembaga Peperiksaan

Gambar hiasan.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada Isnin menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, LPM memaklumkan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

Menurut LPM, tajuk dan laporan akhbar itu berbahasa Melayu itu telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM 2020.

"Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai," menurutnya dalam kenyataan itu di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, akhbar ini tetap dengan pendirian bahawa laporan tersebut tidak merujuk kepada peperiksaan SPM bagi tahun 2020.

Berikut adalah transkrip penuh temu bual Sinar Harian bersama Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Datuk Pkharuddin Ghazali pada Jumaat menerusi panggilan telefon berdurasi lima minit 12 saat.

SINAR HARIAN: Ada pihak termasuk pakar pendidikan berpendapat bahawa SPM memerlukan transformasi selepas ia mula diperkenalkan sejak tahun 1964. Jadi adakah ada perbincangan ke arah ini telah dilakukan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

PKHARUDDIN: Perkara ini... saya tak dapat nak komen serta-merta sebab kita sedang berbincang di peringkat Lembaga Peperiksaan dengan kepimpinan di peringkat kementerian. Kita sedang memikirkan kaedah apabila ada cabaran Covid-19.

Jadi insya-ALLAH kita akan ambil senario semasa sebagai langkah untuk kita memikirkan kaedah penambahbaikan dalam sistem taksiran kita.

Cuma belum sampai masanya untuk kita kata bagaimana kaedah semua itu.

Tetapi kita tahu masyarakat di luar sana ingin melihat perubahan. Sebab apabila ada kekangan dalam PdPR, kekangan dalam taksiran, jadi belum dapat dinyatakan dengan jelaslah kaedah itu.

Tetapi pemikiran dan perbincangan sudah pun dilontarkan atau disebut perkara.

SINAR HARIAN: Jadi memang ada perbincangan menjurus ke arah untuk mencari satu kaedah?

PKHARUDDIN: Penambahbaikanlah sistem taksiran kita. Pemikiran ke arah penambahbaikan sistem pentaksiran kita melihat kepada perkembangan semasa dan trend pentaksiran masa kini.

SINAR HARIAN: Bila perbincangan antara LPM dan KPM?

PKHARUDDIN: Maksudnya kita tak kata dari segi tarikh, kita sedang mengkaji dan perlu ada 'engagement' nanti kita perlu libatkan dengan pakar, berkepentingan untuk kita dapatkan input sebelum perkara ini maklumkan kepada umum. Jadi setakat itu sajalah secara umum.

Tetapi kita tahu pandangan di luar sana untuk ada perubahan. Tetapi sebab SPM khususnya di peringkat pensijilan, 'so' (jadi) pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Jadi sebarang perubahan perlu berlaku dia kena berlaku dengan teratur, mengambil kira pengiktirafan sijil kita itu di peringkat antarabangsa.

Jadi pentaksiran memang ada banyak kaedah kan? Berdasarkan mata pelajaran tertentu.

'So' (jadi) itu yang kita akan teliti dan kita akan fikirkan kaedah yang sesuai.

Dia akan ambil sedikit masa, tetapi kita akan melihat dengan kemudahan teknologi yang ada masa kini jadi kaedah pentaksiran itu boleh ditambahbaik.

Jadi itu yang jadi faktor pertimbangan kita dalam perbincangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] SPM bakal dirombak

[EKSKLUSIF] SPM: Peperiksaan boleh buka buku


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!