'Kayuhan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali'

KUALA LUMPUR - Polis memberi peringatan kepada penunggang basikal supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya mendapati terdapat penunggang basikal yang melakukan aktiviti itu secara berkumpulan di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Ampang dan Jalan Merbok.
Katanya, merujuk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP aktiviti berbasikal.
"Aktiviti berbasikal hanya dibenarkan berseorangan dan kayuhan tidak melebihi 10 kilometer dari tempat tinggal (kediaman).
"Kayuhan berkumpulan adalah tidak dibenarkan sama sekali walaupun keluar dari rumah berseorangan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, orang ramai yang didapati ingkar dan tidak mematuhi arahan ini khususnya yang berbasikal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur akan diambil tindakan kompaun di atas ketidakpatuhan tersebut.
Tegasnya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa juga yang melanggar SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi IPD Dang Wangi
di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Dua kanak-kanak lemas dalam longkang, dua lagi dikejarkan ke hospital
14 September 2026 09:21pmPemandu tersepit bas pekerja terbabas dalam longkang sedalam 10 kaki
14 September 2026 08:27pmBatu kuari hempap lori, seorang maut
14 September 2026 07:43pmPolis musnahkan kotak misteri disyaki ada radiasi tinggi di Sri Petaling
14 September 2026 06:48pmJasad Khairul Amir ditemui
13 September 2026 11:42pmDua kenderaan bertembung, suami isteri antara tiga maut
13 September 2026 10:22pmAbdul Aziz dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
14 September 2026 01:00pmDakwaan penipuan RM1.3 juta: Pempengaruh Aisar Khaled berdepan laporan polis di Indonesia
14 September 2026 05:08pm- Iklan -- Iklan -
