'Perkongsian Jumaat' The Pocket Rocketman

KESIHATAN kekayaan sebenar. Itu antara lima perkara boleh diambil iktibar, impak daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia serta umat manusia, menurut jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang.
Bekas juara dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, menitipkan kata-kata nasihat dan peringatan tersebut melalui ‘Perkongsian Jumaat’ menerusi video di akaun Instagram rasminya @azizulhasniawang pada Jumaat.
Menurut Azizulhasni, 33, perkara pertama yang boleh dipelajari dalam situasi berdepan ancaman Covid-19 adalah hidup itu hanya sementara diikuti pekerjaan sesuatu yang tidak tetap dan kesihatan adalah kekayaan sebenar.
"Perkara keempat, sentiasalah menyimpan duit sambil beliau mengingatkan perlu mempunyai simpanan untuk waktu kecemasan, dan terakhir, Allah Maha kuasa ke atas segalanya.
"ALLAH maha mengubah segalanya, ALLAH Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Maha pengasih dan Maha penyayang," kata Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) pada 2009, 2010 dan 2017 itu.
‘The Pocket Rocketman’ kini dalam persediaan memburu emas Olimpik sulung negara di Tokyo pada Julai depan, selepas mengakhiri musim 2020 penuh bergaya dengan meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane Disember lepas. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kerajaan putuskan nasib F1 di Malaysia bulan depan
15 Oktober 2026 12:19pmArrifin ketuai MSN, Jefri dilantik Pesuruhjaya Sukan berkuat kuasa hari ini
15 Oktober 2026 10:21amAston Villa ratah Fenerbahce 6-0 di Villa Park
15 Oktober 2026 09:58amTujuh minit ubah nasib Real Madrid
15 Oktober 2026 09:40amPRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
14 Oktober 2026 08:29pmKeluarga lapor polis selepas restoran sebar CCTV anak tak bayar bil makanan
15 Oktober 2026 10:15am[VIDEO] Rakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya
15 Oktober 2026 10:33am- Iklan -- Iklan -
