Kerajaan ambil alih Kem PLKN, Wawasan

Muhyiddin - Foto Fail Bernama
Muhyiddin - Foto Fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan telah mengambil alih Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan yang digunakan sebagai Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penjara sementara serta-merta.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu diambil menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

"Ini adalah sebahagian daripada tindakan serta-merta kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di depoh tahanan Jabatan Imigresen Malaysia dan penjara yang secara langsung dapat mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan tahanan.

"Sebanyak 16 Kem PLKN dan Kem Wawasan telah diambil alih secara sementara untuk tujuan ini.

"Tindakan ini juga mampu mempertingkatkan penguatkuasaan kerajaan dalam mencegah kemasukan PATI ke negara ini yang juga menjadi antara punca penularan Covid-19 di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas mengenai pelaksanaan darurat dan pemasyhuran Ordinan Darurat dalam mengurus pandemik Covid-19 yang disiarkan di saluran televisyen dan media sosial rasmi kerajaan petang Khamis.

Artikel Berkaitan: