'Satu sen pun saya tak dapat tahun ini'

Ciapan Hanna Yeoh di Twitter yang menafikan ahli Parlimen pembangkang menerima RM100,000 daripada kerajaan Pusat.
Ciapan Hanna Yeoh di Twitter yang menafikan ahli Parlimen pembangkang menerima RM100,000 daripada kerajaan Pusat.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan Pusat seperti yang didakwa diterima beberapa ahli Parlimen UMNO, kata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau dan beberapa ahli Parlimen UMNO lain hanya mendapat peruntukan RM100,000, yang menurutnya sama seperti diberikan kepada wakil rakyat pembangkang.

Justeru, Hannah menafikan ahli Parlimen pembangkang menerima jumlah peruntukan yang sama.

"Mana ada ahli Parlimen pembangkang dapat RM100,000? Saya ahli Parlimen Segambut satu sen pun tak dapat tahun ini," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada masa sama turut mempersoalkan sama ada kerajaan akan menyalurkan peruntukan atau tidak.

HANNAH
HANNAH

"Saya minta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz jelaskan. Sekarang sudah Februari. Apakah dinafikan terus pada tahun ini peruntukkan untuk pengundi di kawasan ahli-ahli Parlimen pembangkang?

Artikel Berkaitan:

"Apakah juga dinafikan peruntukkan ahli-ahli Parlimen kerajaan yang tidak sokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin?," katanya.

Semalam, Ahmad Zahid dalam satu wawancara secara sinis mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyalurkan peruntukan kawasan Parlimen sebanyak RM100,000.

Beliau turut mendakwa ahli Parlimen kerajaan lain dalam Perikatan Nasional (PN) mendapat peruntukan RM3.7 juta seorang.