Warga Nepal maut dilanggar lori pemunggah

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja pelabuhan warganegara Nepal maut setelah dilanggar Iori pemunggah kontena (Prime Mover) semasa sedang melintas laluan utama berhampiran Block 20 Alfa di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Berikutan itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor sedang menjalankan siasatan mengenal pasti punca kejadian.

Pengarah JKKP negeri, Ir Dasuki Mohd Heak berkata, pihaknya telah mengarahkan pemunggah kontena yang terlibat dan operatornya digantung tugas untuk siasatan lanjut.

"JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja, orang awam mahupun harta benda.

"Kejadian kes seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif termasuk mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: