Bayi kembar siam tak sempat terima rawatan

Bayi kembar siam terbabit berkongsi buah pinggang dan sepasang kaki.
Bayi kembar siam terbabit berkongsi buah pinggang dan sepasang kaki.
A
A
A

SANAA - YAMAN. Sepasang bayi kembar siam yang merayu rawatan perubatan di luar negara dilaporkan meninggal dunia, semalam sebelum sempat menerima bantuan.

Abdelkhaleq dan Abdelrahim yang berkongsi buang pinggang dan sepasang kaki, namun mempunyai jantung dan paru-paru berasingan dilahirkan di luar Sanaa kira-kira dua minggu lalu.

Ketua pediatrik di Hospital al-Thawra, Dr Faisal al-Babili berkata, jabatan beliau kekurangan kemudahan untuk merawat atau memisahkan bayi kembar siam terbabit.

Pemberontak Houthi yang melancarkan serangan ke atas tentera kerajaan sejak 2014 menyalahkan pakatan tentera Arab atas kematian itu kerana keengganan mereka mahu membuka lapangan terbang Sanaa bagi membolehkan kedua-dua bayi terbabit mendapatkan rawatan.

Lewat Rabu lalu, Ketua Pusat Bantuan Raja Salman, Abdullah al-Rabeeah berkata, pasukannya telah melakukan persiapan untuk merawat mereka.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 10,000 terbunuh dan lebih 60,000 cedera dalam konflik yang yang berlarutan di negara itu sejak 2015. - Agensi

Artikel Berkaitan: