Lockdown bukan cara terbaik?

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

AWANG risau juga dengan angka jangkitan yang dah naik lebih 5,000 kes sehari.

Bila jadi begitu mulalah kita dengar langkah nak kenakan hukuman lebih berat. Ada yang kata, kenakan lockdown penuh macam mula-mula dulu.

Awang terbaca pandangan tokoh ekonomi, Dr Jomo Sundaram yang kata kita patut ‘Pandang ke Timur’ dalam soal ini.

Kata beliau, kita asyik memandang ke Barat yang dah gagal tangani jangkitan wabak ini.

Kenapa tak tengok apa yang dibuat oleh Jepun, Taiwan, Korea dan Vietnam? Kata beliau, Korea tak laksana lockdown penuh, begitu juga Jepun dan Taiwan.

Vietnam hanya buat lockdown yang babitkan kawasan tertentu bukan seluruh negara.

Vietnam lebih miskin daripada kita tapi berjaya kawal wabak itu dengan berkesan.

Kita tahu banyak kes membabitkan tempat kerja. Daripada memberhentikan terus orang bekerja, lebih baik dibuat sistem giliran supaya pejabat tidak sesak dan sistem pengangkutan tidak berasak-asak dengan manusia.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga kata disebabkan darurat, keputusan penting untuk tangani wabak ini dibuat oleh beberapa orang sahaja, Perdana Menteri, Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan dan mungkin yang terlibat dalam soal keselamatan.

Sepatutnya pendekatannya ialah all-of-government.