X

Kindly register in order to view this article
!

Setuju perangi rasuah dalam agensi penguatkuasaan: EMIR Research

Rais Hussin
A
A

SHAH ALAM - Satu kaji selidik dijalankan firma EMIR Research yang dijalankan pada suku keempat 2020 (4Q20) mendapati, rata-rata masyarakat bersetuju untuk memerangi rasuah dalam agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff bekata, sebanyak 78 peratus daripada responden bersetuju untuk perangi rasuah dalam agensi penguatkuasaan manakala selebihnya tidak pasti dan tidak bersetuju.

Selain itu, katanya, sebanyak 54 peratus bersetuju terhadap keberkesanan langkah-langkah pencegahan rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Tambahnya, kumpulan responden Melayu dan Bumiputera menunjukkan kesepakatan yang lebih tinggi berbanding kumpulan responden yang lain berkaitan gejala rasuah tersebut.

“Terdapat 62 peratus daripada responden yang mengatakan setuju terhadap pemimpin politik mempunyai masalah moral dan kebanyakannya adalah dari golongan yang berpendidikan tinggi.

“Perkara tersebut berbeza dengan tinjauan sebelum ini yang mana hanya 49 peratus pada suku ketiga dan 51 peratus pada suku pertama.

“Selain itu, responden Melayu dan Bumiputera lebih bersetuju untuk mengembalikan hukuman mandatori iaitu sebanyak 56 peratus undian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Maklum balas terhadap item berkaitan tadbir urus.
Maklum balas terhadap item berkaitan tadbir urus.

Pengundian yang dijalankan pada Disember lepas telah mendapat 1,976 responden di seluruh negara dan penyelidikan tersebut merangkumi hala tuju, keadaan negara serta beberapa masalah sosio-ekonomi yang dianggap penting oleh masyarakat.

Dalam penyelidikan sama, responden juga bersetuju bahawa kos pendidikan di negara berada di tahap yang tinggi dengan keseluruhan sebanyak 50 peratus.

“66 peratus menyatakan bahawa subjek Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Inggeris dan sebanyak 54 peratus lebih menyukai untuk sistem pendidikan dijadikan kepada satu aliran sahaja,” katanya.

Rais berkata, kaedah kualitatif iaitu perbincangan secara berkumpulan dan kuantitatif melalui borang soal selidik telah digunakan dalam penyelidikan tersebut bagi memastikan tinjauan mendapat hasil yang lebih saintifik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!