Lebih 200 peserta sertai kayuhan perangi rasuah

Buat julung kalinya Rasuah Busters Kelantan menjadikan aktiviti kayuhan basikal secara santai sebagai platform memerangi rasuah dalam kalangan generasi muda.
Buat julung kalinya Rasuah Busters Kelantan menjadikan aktiviti kayuhan basikal secara santai sebagai platform memerangi rasuah dalam kalangan generasi muda.
A
A
A

KOTA BHARU - Buat julung kalinya Rasuah Busters Kelantan menjadikan aktiviti kayuhan basikal secara santai sebagai platform meningkatkan kesedaran memerangi rasuah dalam kalangan generasi muda.

Ahli Jawatankuasanya, Nizam Ismail berkata, pendidikan berbentuk secara tidak langsung itu diyakini lebih mudah untuk diterima dan difahami.

"Usaha itu perlu bermula di peringkat bawah supaya mereka lebih celik, perbuatan memberi dan menerima rasuah ini adalah sesuatu yang jijik.

"Ia bukan sahaja merosakkan moral malah boleh meruntuhkan negara jika tidak ditentang habis-habisan," katanya semasa ditemui pada Kelantan Fellow Ride H Elite Intergriti Ride 2023 di Tunjong, di sini pada Jumaat.

Program yang disertai lebih 200 peserta itu dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Nizam (kiri) dan Wan Roslan (dua dari kiri) merasmikan pelepasan kayuhan basikal sempena Kelantan Fellow Ride H Elite Intergriti Ride 2023 di Tunjong, Kota Bharu pada Jumaat.
Nizam (kiri) dan Wan Roslan (dua dari kiri) merasmikan pelepasan kayuhan basikal sempena Kelantan Fellow Ride H Elite Intergriti Ride 2023 di Tunjong, Kota Bharu pada Jumaat.

Menurut Nizam, usaha berterusan perlu terus digerakkan dengan melibatkan golongan muda supaya mereka faham, sekali gus tidak mudah terjebak dengan budaya rasuah.

Ujarnya, Rasuah Busters bukan sekadar kempen semata-mata sebaliknya satu gerakan besar untuk memberi mesej kepada masyarakat supaya bersama-sama memerangi rasuah.

Tambahnya, jika gerakan itu tidak dimulakan sekarang, ia akan menyebabkan masyarakat terleka dengan perbuatan tersebut yang dilihat semakin menjadi-jadi di negara ini.