X

Kindly register in order to view this article
!

Empat lelaki bergaduh, berparang diberkas

Polis menyiasat pergaduhan bersenjatakan parang yang berlaku di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang pada Ahad.
A
A

KAJANG - Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat kes pergaduhan bersenjatakan parang di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian terbabit selepas menerima panggilan pada jam 6.37 petang.

Menurutnya, pergaduhan itu mengakibatkan dua individu cedera dan kini sedang dirawat di hospital.

"Susulan itu, tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam kes itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta berhubung dengan mana-mana balai polis yang berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan kejadian tersebut membabitkan sekumpulan lelaki membawa senjata parang bertindak mencederakan sekumpulan lelaki yang lain.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!